mcmc
Kesihatan

Kesihatan

Kesihatan merupakan aspek penting di dalam kehidupan seharian kita. Kerajaan Malaysia telah menyediakan sebuah Klinik Desa di Kampung Igan. 

Fungsi utama Klinik Kesihatan adalah :

  1. Meningkatkan status kesihatan dan kualiti kehidupan masyarakat, ke arah kehidupan yang sihat dan produktif.
  2. Menyediakan perkhidmatan yang cekap, berkesan dan komprehensif melalui perkhidmatan promotif, preventif, kuratif dan rehabilitif di setiap peringkat kepada masyarakat.
  3. Mencegah insidens dan prevalens penyakit berjangkit dan tidak berjangkit.
  4. Untuk meningkat dan mengekalkan kesihatan fizikal, mental dan sosial sesebuah keluarga dan masyarakat.
  5. Mengurangkan kejadian penyakit dan kematian.
  6. Menggalakkan cara hidup sihat, keadaan tempat kerja yang sihat dan selamat dan persekitaran yang bersih.
  7. Menguatkuasakan undang-undang kesihatan awam.